PENGENALAN KURSUS

Kursus Pembuatan Pastri ini merupakan Sijil Kemahiran Malaysia yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia untuk melatih pelajar dengan teknik-teknik mengadun, menguli, membakar dan menghias produk-produk pastri dan roti. Kursus ini ditawarkan secara sepenuh masa dengan pelaksanaan latihan teori dan praktikal.

MATLAMAT

Kursus Kemahiran Pembuatan Pastri bertujuan untuk:

  1. Melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal dalam penyediaan dan penghasilan produk pastri.
  2. Membolehkan pelajar mengaplikasikan teknik pastri mengikut standard industri dan piawaian keselamatan makanan.
  3. Membentuk sikap profesional, kerja berpasukan dan etika kerja yang tinggi.
  4. Menyediakan graduan yang bersedia bekerja atau menceburi bidang keusahawanan pastri.
  5. Menyokong pembangunan modal insan TVET yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.
VISI & MISI

VISI

Melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pembuatan pastri yang kompeten, beretika dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri hospitaliti dan keusahawanan selaras dengan aspirasi TVET negara.

MISI

  1. Menyediakan latihan kemahiran pastri yang berorientasikan amali dan keperluan industri.
  2. Membangunkan pelajar yang berpengetahuan, berdisiplin dan menguasai teknik pembuatan pastri moden dan tradisional.
  3. Mengintegrasikan elemen keselamatan makanan, kebersihan, dan standard industri dalam pengajaran dan pembelajaran.
  4. Memupuk budaya keusahawanan dan inovasi dalam kalangan pelajar TVET.
  5. Menjalinkan kerjasama strategik dengan industri bakeri dan hospitaliti.
TAHAP & TEMPOH YANG DITAWARKAN

SKM Tahap 2 Pembuatan Pastri

Kod: HT-014-2:2011 [ 8 Bulan ]

SKM Tahap 3 Pembuatan Pastri

Kod: HT-014-3:2011 [ 9 Bulan ]

Soalan Lazim

Adakah saya boleh melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi?

Ya, pelajar yang berjaya menamatkan latihan SKM Tahap 2 boleh melanjutkan pengajian ke SKM 3. Manakala pelajar yang tamat SKM Tahap 3 boleh menyambung pengajian ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) atau Diploma (MQA) di institut pengajian tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Apakah subjek yang akan saya pelajari?

Antara subjek / modul/ Unit Kompetensi yang akan dipelajar:

  • Safety, Health and Hygiene Practices
  • Batter and Dough Preparation
  • Filling and Creams Preparation
  • Pudding Preparation
  • Cookies Preparation
  • Malaysian Desserts and Kuih Preparation
  • Cakes Production
  • Pastry Product Sales & Marketing
  • Frozen Dessert Items Preparation
  • Confectionery Preparation
Adakah kursus/ program ini memerlukan pelajar menduduki peperiksaan?

Ya, pelajar akan menduduki Peperiksaan bagi setiap subjek / modul / unit kompetensi yang terdapat dalam silibus.

Bagaimanakah kaedah pelaksanaan latihan?

Pelajar akan mengikuti latihan berdasarkan proses kerja sebenar yang dijalankan secara sepenuh masa dimana 30% meliputi sesi teori dan 70% amali atau praktikal.

Adakah pelajar boleh memohon SKM Tahap 2 dan 3 Serentak?

Tidak boleh, pelajar perlu selesai dan tamat latihan mengikut tahap yang terendah (Tahap 2) terlebih dahulu. Walaubagaimana pun pelajar boleh memohon tahap secara kombinasi semasa pendaftaran.

Apakah kelebihan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia

Dengan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia, lulusan boleh meningkatkan kemahiran baru (upskilling), menambah kemahiran sedia ada (reskilling) dan membantu untuk mendapatkan pekerjaan berdasarkan kepada bidang yang diceburi (kebolehkerjaan).

Lokasi Kami

Design by ITC BD & Sponsorship Department

Copyright © 2023. All rights reserved.