PENGENALAN KURSUS

Kursus Seni Kulinari atau nama rasminya Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Penyediaan dan Pembuatan Makanan adalah kursus yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sember Manusia untuk melatih pelajar dengan teknik-teknik memasak melibatkan menu utama masakan Melayu, Cina, India dan Barat. Kursus ini ditawarkan secara sepenuh masa dengan pelaksanaan latihan teori dan praktikal.

MATLAMAT

  1. Melahirkan graduan kulinari yang mahir dalam teknik asas dan lanjutan penyediaan makanan.
  2. Membekalkan pelajar dengan pengetahuan keselamatan makanan, kebersihan dapur dan HACCP asas.
  3. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan dalam operasi dapur.
  4. Menyediakan pelajar untuk memasuki pasaran kerja industri kulinari atau menceburi bidang keusahawanan makanan.
  5. Membentuk sikap bertanggungjawab, berdisiplin dan berdaya saing dalam dunia pekerjaan.
VISI & MISI

VISI

Melahirkan tenaga kerja kulinari yang berkemahiran tinggi, berdisiplin dan berdaya saing dalam industri makanan dan hospitaliti selaras dengan keperluan industri semasa dan masa hadapan.

MISI

  1. Menyediakan latihan kemahiran kulinari berasaskan TVET yang menepati standard industri.
  2. Membangunkan pelajar yang kompeten dalam penyediaan makanan, keselamatan makanan dan pengurusan dapur profesional.
  3. Mengintegrasikan pembelajaran teori dan amali bagi meningkatkan kebolehkerjaan graduan.
  4. Menerapkan nilai profesionalisme, kebersihan, keselamatan serta etika kerja dalam persekitaran dapur.
  5. Menggalakkan budaya keusahawanan dalam bidang makanan dan minuman.
TAHAP & TEMPOH YANG DITAWARKAN

Soalan Lazim

Adakah saya boleh melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi?

Ya, pelajar yang berjaya menamatkan latihan SKM Tahap 2 boleh melanjutkan pengajian ke SKM Tahap 3. Manakala pelajar yang tamat SKM Tahap 3 boleh menyambung pengajian ke peringkat Diploma Kemahiran (DKM Tahap 4) atau Diploma (MQA) di institut pengajian tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Apakah subjek yang saya akan pelajari?

Antara subjek / modul / Unit Kompetensi yang akan dipelajari:

  • Hygiene, Kitchen Safety & Food Handling
  • Cooking Technique
  • Stock, Soups and Hot Sauce Production
  • Main Course Production
  • Appetizer Production
  • Dessert Production
  • Catering Set-up Activities
Adakah kursus/ program ini memerlukan pelajar menduduki peperiksaan?

Ya, pelajar akan menduduki Peperiksaan bagi setiap subjek/ modul / unit kompetensi yang terdapat dalam silibus.

Bagaimanakan kaedah pelaksanaan latihan?

Pelajar akan mengikuti latihan berdasarkan proses kerja sebenar yang dijalankan secara sepenuh masa dimana 20% meliputi sesi teori dan 80% sesi amali atau praktikal.

Adakah pelajar boleh memohon SKM Tahap 2 & 3 Serentak?

Tidak boleh, pelajar perlu selesai dan tamat latihan mengikut tahap terlebih dahulu. Walau bagaimanapun pelajar boleh memohon tahap secara kombinasi semasa pendaftaran.

Apakah kelebihan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia?

Dengan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia, lulusan boleh meningkatkan kemahiran baru (upskilling), menambah kemahiran sedia ada (reskilling) dan membantu untuk mendapatkan pekerjaan berdasarkan kepada bidang yang diceburi (kebolehkerjaan).

Lokasi Kami

Design by ITC BD & Sponsorship Department

Copyright © 2023. All rights reserved.