PENGENALAN KURSUS

Kursus Elektrikal atau nama rasminya Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik adalah kursus yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia untuk melatih pelajar dengan kemahiran pendawaian Satu Fasa dan Tiga Fasa. Kursus ini ditawarkan secara sepenuh masa dengan pelaksanaan latihan teori dan praktikal.

MATLAMAT

Kursus Elektrik bertujuan untuk:

  1. Memberi latihan kemahiran asas dalam kerja-kerja pemasangan dan pendawaian elektrik.
  2. Membolehkan pelajar menjalankan kerja elektrik dengan selamat mengikut prosedur kerja standard.
  3. Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sistem elektrik satu fasa dan komponen.
  4. Membentuk tenaga kerja separa mahir yang berdaya saing dan berdisiplin.
  5. Menyediakan laluan kerjaya dalam bidang elektrik dan pembangunan kemahiran lanjutan.
VISI & MISI

VISI

Melahirkan tenaga kerja separa mahir dalam bidang elektrik yang kompeten, berdisiplin dan mematuhi piawaian keselamatan bagi memenuhi keperluan industri dan pembangunan negara.

MISI

  1. Menyediakan latihan kemahiran elektrik berasaskan amali mengikut standard industri dan NOSS.
  2. Membentuk pelajar yang menguasai kemahiran pemasangan dan penyelenggaraan elektrik asas.
  3. Menerapkan budaya kerja selamat, pematuhan peraturan dan amalan keselamatan elektrik.
  4. Memupuk sikap profesional, tanggungjawab dan etika kerja dalam kalangan pelajar.
  5. Menyediakan graduan yang bersedia memasuki alam pekerjaan atau melanjutkan latihan ke tahap yang lebih tinggi.
TAHAP & TEMPOH YANG DITAWARKAN

SKM Tahap 2 Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa

Kod: F432-005-2:2019 [ 8 Bulan ]

SKM Tahap 3 Pemasangan dan Penyelenggaran Elektrik Tiga Fasa [ 9 Bulan ]

Soalan Lazim

Adakah saya boleh melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi?

Ya, pelajar yang berjaya menamatkan latihan SKM Tahap 2 boleh melanjutkan penngajian ke SKM 3. Manakala pelajar yang tamat SKM Tahap 3 boleh menyambung pengajian ke peringkat Diploma Kemahiran (DKM Tahap 4) atau Diploma (MQA) di institusi pengajian tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Apakah subjek yang saya akan pelajari?

Antara subjek / modul / Unit Kompetensi yang akan dipelajari:

  • Single Phase Drawing
  • Single Phase Wiring
  • Single Phase System Maintenance
  • Single Phase Monitor and Motor Control
  • Three Phase Drawing
  • Three Phase Wiring
  • Three Phase System Maintenance
Adakah kursus / program ini memerlukan pelajar menduduki peperiksaan?

Ya, pelajar akan menduduki Peperiksaan bagi setiap subjek / modul / unit kompetensi yang terdapat dalam silibus.

Bagaimana pelaksanaan latihan?

Pelajar akan mengikuti latihan berdasarkan proses kerja sebenar yang dijalankan secara sepenuh masa di mana 20% meliputi sesi teori dan 80% amali atau praktikal.

Adakah pelajar boleh memohon SKM Tahap 2 & 3 Serentak?

Tidak boleh, pelajar perlu selesai dan tamat latihan mengikut tahap lebih dahulu. Walau bagaimanapun pelajar boleh memohon tahap secara kombinasi semasa pendaftaran.

Apakah kelebihan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia?

Dengan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia, lulusan boleh meningkatkan kemahiran baru (Upskilling), menambah kemahiran sedia ada (Reskilling) dan membantu untuk mendapatkan pekerjaan berdasarkan kepada bidang yang diceburi (Kebolehkerjaan).

Lokasi Kami

Design by ITC BD & Sponsorship Department

Copyright © 2023. All rights reserved.