PENGENALAN KURSUS

Kursus Automotif atau nama rasminya Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia untuk melatih pelajar membaikpulih dan menyelenggara kenderaan ringan. Kursus ini ditawarkan secara sepenuh masa dengan pelaksanaan latihan teori dan praktikal.

MATLAMAT

Kursus Automotif bertujuan untuk:

  1. Memberi pendedahan dan latihan kemahiran asas automotif kepada pelajar.
  2. Membolehkan pelajar melaksanakan kerja penyelenggaraan kenderaan secara sistematik dan selamat.
  3. Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sistem utama kenderaan seperti enjin, brek, stereng dan elektrik asas.
  4. Membentuk tenaga kerja separa mahir yang bersedia memasuki alam pekerjaan.
  5. Menyediakan laluan kemajuan kerjaya ke tahap lebih tinggi atau bidang automotif lanjutan.
VISI & MISI

VISI

Melahirkan tenaga kerja separa mahir dalam bidang automotif yang kompeten, berdisiplin dan bersedia memenuhi keperluan industri automotif negara selaras dengan pembangunan pendidikan TVET.

MISI

  1. Menyediakan latihan kemahiran automotif berasaskan amali mengikut standard industri.
  2. Membentuk pelajar yang menguasai kemahiran asas penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan.
  3. Menerapkan amalan keselamatan, kesihatan dan kebersihan bengkel automotif.
  4. Memupuk sikap profesional, disiplin dan etika kerja dalam kalangan pelajar.
  5. Menyokong keperluan industri melalui latihan berstruktur dan berorientasikan pekerjaan.
TAHAP & TEMPOH YANG DITAWARKAN

SKM Tahap 2 Perkhidmatan Pembaikan – Kenderaan Ringan

Kod: G452-002-2:2018 [ 8 Bulan ]

SKM Tahap 3 Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan

Kod: G452-002-3:2018 [ 9 Bulan ]

Soalan Lazim

Adakah saya boleh melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi?

Ya, pelajar yang berjaya menamatkan latihan SKM Tahap 2 boleh melanjutkan pengajian ke SKM 3. Manakala pelajar yang tamat SKM Tahap 3 boleh menyambung pengajian ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) atau Diploma (MQA) di institut pengajian tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Apakah subjek yang saya akan pelajari?

Antara subjek / modul / Unit Kompetensi yang akan dipelajari:

  • Vehicle Workshop Housekeeping
  • Vehicle Engine Service
  • Vehicle Engine Overhauling
  • Vehicle Brake System Service
  • Exhaust System Rectification
  • Transfer Case Overhauling
  • ENgine Management System (EMS) Diagnostic
  • Automotive Workshop Supervision
  • Turbochargers/ Supercharges System Diagnostic
Adakah kursus/ program ini memerlukan pelajar menduduki peperiksaan?

Ya, pelajar akan menduduki Peperiksaan bagi setiap subjek / modul/ unit kompetensi yang terdapat dalam silibus.

Bagaimanakah kaedah pelaksanaan latihan?

Pelajar akan mengikuti latihan berdasarkan proses kerja sebenar yang dijalankan secara sepenuh masa di mana 20% meliputi sesi teori dan 80% amali atau praktikal.

Adakah pelajar boleh memohon SKM Tahap 2 & 3 Serentak?

Tidak boleh, pelajar perlu selesai dan tamat latihan mengikut tahap terlebih dahulu. Walau bagaimanapun pelajar boleh memohon tahap secara kombinasi semasa pendaftaran.

Apakah kelebihan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia?

Dengan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia, lulusan boleh meningkatkan kemahiran baru (Upskilling), menambah kemahiran sedia ada (reskilling) dan membantu untuk mendapatkan pekerjaan berdasarkan kepada bidang yang diceburi (Kebolehkerjaan).

Lokasi Kami

Design by ITC BD & Sponsorship Department

Copyright © 2023. All rights reserved.