Program Tajaan

PENGENALAN

Services

Program yang ditawarkan ini dijalankan secara Dual Latihan secara kolaborasi bersama Industri bagi menempatkan peluang serta kerja kepada golongan sasar (belia/asnaf/pekerja industri) yang berkelayakan. Program ini ditaja sepenuhnya termasuk Yuran Latihan, Elaun Sara Diri dan Penginapan atau boleh disebut sebagai “Program Percuma”.

Modul

70% Amali dan 30% Teori

Pensijilan

Persijilan Kolaborasi Industri atau Persijilan Kompetensi bergantung pada program

Penempatan Kerja

Disalurkan penempatan kerja ke syarikat atau majikan yang telah berkolaborasi

Syarat Kelayakan

Rujuk flyers

Tempoh

Tertakluk kepada ketetapan Agensi yang menaja dan program yang ditawarkan.

Tajaan

– Yuran Latihan
– Elaun
– Penginapan (kecuali Program SIP)

PROGRAM TAJAAN TERKINI

Terminal Tractor Operator

Program Terminal Tractor Operator merupakan program pengendalian traktor dengan kerjasama antara ICYM TVET Centre, Kolej Yayasan Melaka dan Westport Malaysia Sdn Bhd.


Latihan Pemanduan

Belia yang mengikuti program ini akan mengikuti latihan pemanduan dan pengendalian traktor di dalam pelabuhan klang.

Latihan Keselamatan

Selain latihan pemanduan, program ini diberikan pendedahan pengedalian kebakaran di lapangan.

Pendapatan Lumayan

Program ini mampu membuka peluang kerjaya dengan pendapatan lumayan kepada peserta. Peserta juga boleh memohon untuk Kerja Lebih Masa untuk menampung keperluan semasa.

Program Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) – PERKESO

Program Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) merupakan program tajaan PERKESO untuk menyediakan penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan. Tempoh kursus hanya selama 5 hari sahaja bertempat di kampus.


Kriteria Kehilangan Pekerjaan:

1. Pemberhentian kerja biasa.
2. VSS/MSS (Skim Pemisahan Sukarela).
3. Penutupan tempat kerja kerana bencana alam.
4. Penutupan perniagaan atau penutupan operasi.
5. Pembuangan kerja secara konstruktif.
6. Peletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja.
7. Peletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja luar skop yang membahayakan keselamatan.

Syarat Kelayakan SIP:

1. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC) dengan minimum 12 bulan caruman dalam tempoh 24 bulan bagi permohonan yang pertama.
2. Bersedia untuk mengambil bahagian dalam Program Penempatan Pekerjaan Semula dan mengikuti apa-apa arahan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERKESO.
3. Berdaftar dengan MYFutureJobs untuk membuat carian pekerjaan bagi melayakkan mendapat Faedah SIP.
4. Melaporkan kepada PERKESO jika telah menerima tawaran atau telah kembali bekerja secara tetap / kontrak / sambilan / sementara / perantis.

Cara mendaftar:

KLIK DISINI untuk daftar melalui portal PERKESO SIP atau imbas kod QR pada flyer.

Lokasi Kami

Design by ITC BD & Sponsorship Department

Copyright © 2023. All rights reserved.